Rabu, 30 Januari 2013



MUNAKAHAT
A.                  Pengertian Munakahat (Perkawinan)
            Perkawinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak dari pada mereka hak-hak dan tanggung jawab. Dalam arti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkawinan dan sebagainya.
            Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkawinan dan tujuan-tujuan di syariatkannya.
            Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3,
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
Artinya :    
            “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”.
             Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah SWT untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka seperti mana yang ditentukan oleh syarak. Sebaliknya jika bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkawinlah dengan seorang sahaja.
            Allah berfirman, Artinya :“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan dari padanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”
            Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut.  artinya :
            “Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barang siapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
            Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.
             Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahtaraan rumah tangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk.
            Perkawinan hendaklah diasaskan kepada beberapa faktor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :
  1. Perkawinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah.  Tanpa taqwa, dikewhatiri perkawinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkawin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.
  2. Perkawinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman.  Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.
  3. Sesebuah rumah tangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT.  Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.
  4. Perkawinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggung jawab bukannya kehendak nafsu semata-mata.  Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggung jawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.
B.         Hikmah Perkawinan
            Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri. Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.
 Di antara faedah dan hikmahnya ialah :
  1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.
  2. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.
  3. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumah tangga yang damai dan berdisiplin.
  4. Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.
  5. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.
  6. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggung jawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
  7. Perkawinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.
  8. Perkawinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.
  9. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.
            Pendek kata perkawinan adalah peraturan dari Allah SWT yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna. Jika keadaan rumah tangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut lemah dan sengsara akhirnya.
C.         Hukum-Hukum Perkawinan
            Hukum asal suatu perkawinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.
Uraiannya adalah seperti berikut :
  1. Perkawinan yang wajib.
            Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khawatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.
  1. Perkawinan yang sunat
            Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.
  1. Perkawinan yang haram
            Orang yang diharamkan berkawin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkawin tetapi kalau ia berkawin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.
  1. Perkawinan yang makruh
            Orang yang makruh hukumnya berkawin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkawin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhawatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan. Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.
            Demikian uraian hukum-hukum perkahwinan yang boleh dijadikan panduan dan juga pengajaran yang baik kepada sesiapa yang hendak berkawin.
D.        Rukun Nikah Dan Syaratnya
Rukun Nikah
            Rukun adalah bagian dari sesuatu, sedang sesuatu itu takkan ada tanpanya. Dengan demikian, rukun perkawinan adalah ijab dan kabul yang muncul dari keduanya berupa ungkapan kata (shighah). Karena dari shighah ini secara langsung akan menyebabkan timbulnya sisa rukun yang lain.
Ø  Ijab: ucapan yang terlebih dahulu terucap dari mulut salah satu kedua belah pihak untuk menunjukkan keinginannya membangun ikatan.
                Contohnya : “Aku nikahkan anak perempuan saya bernama si Fulan binti ……  dengan      ……. dengan mas kawin seperangkat sholat dan 30 juz dari mushaf Al-Qur’an”.
Ø  Qabul: apa yang kemudian terucap dari pihak lain yang menunjukkan kerelaan / kesepakatan / setuju atas apa yang tela siwajibkan oleh pihak pertama.
Contoh Qabul : Calon suami menjawab: “Saya terima nikah dan perjodohannya dengan diri saya dengan mas kawin tersebut di depan”.
Dalam menikah dalam ajaran agama islam ada aturan yang perlu dipatuhi oleh calon mempelai serta keluarganya agar perkawinan yang dilakukan sah secara agama sehingga mendapat ridho dari Allah SWT. Untuk itu mari kita pahami dengan seksama aturan, rukun, pantangan dan persayaratan dalam suatu perkawinan.http://ayonikah.net/wp-includes/js/tinymce/plugins/wordpress/img/trans.gif
Syarat-Syarat Sah Perkawinan/Pernikahan
1. Mempelai Laki-Laki / Pria
·         Agama Islam
·         Tidak dalam paksaan
·         Pria / laki-laki normal
·         Tidak punya empat atau lebih istri
·         Tidak dalam ibadah ihram haji atau umroh
·         Bukan mahram calon istri
·         Yakin bahwa calon istri halal untuk dinikahi
·         Cakap hukum dan layak berumah tangga
·         Tidak ada halangan perkawinan
2. Mempelai Perempuan / Wanita
·         Beragama Islam
·         Wanita / perempuan normal (bukan bencong/lesbian)
·         Bukan mahram calon suami
·         Mengizinkan wali untuk menikahkannya
·         Tidak dalam masa iddah
·         Tidak sedang bersuami
·         Belum pernah li’an
·         Tidak dalam ibadah ihram haji atau umrah
3. Syarat Wali Mempelai Perempuan
·         Pria beragama islam
·         Tidak ada halangan atas perwaliannya
·         Punya hak atas perwaliannya
4. Syarat Bebas Halangan Perkawinan Bagi Kedua Mempelai
·         Tidak ada hubungan darah terdekat (nasab)
·         Tidak ada hubungan persusuan (radla’ah)
·         Tidak ada hubungan persemendaan (mushaharah)
·         Tidak Li’an
·         Si pria punya istri kurang dari 4 orang dan dapat izin istrinya
·         Tidak dalam ihram haji atau umrah
·         Tidak berbeda agama
·         Tidak talak ba’in kubra
·         Tidak permaduan
·         Si wanita tidak dalam masa iddah
·         Si wanita tidak punya suami
5. Syarat-Syarat Syah Bagi Saksi Pernikahan/Perkawinan
·         Pria / Laki-Laki
·         Berjumlah dua orang
·         Sudah dewasa / baligh
·         Mengerti maksud dari akad nikah
·         Hadir langsung pada acara akad nikah
6. Syarat-Syarat/Persyaratan Akad Nikah Yang Syah :
·         Ada ijab (penyerahan wali)
·         Ada qabul (penerimaan calon suami)
·         Ijab memakai kata nikah atau sinonim yang setara.
·         Ijab dan kabul jelas, saling berkaitan, satu majelis, tidak dalam ihrom haji/umroh.
B. Rukun-Rukun Pernikahan/Perkawinan Sah
·         Ada calon mempelai pengantin pria dan wanita
·         Ada wali pengantin perempuan
·         Ada dua orang saksi pria dewasa
·         Ada ijab (penyerahan wali pengantin wanita) dan ada qabul (penerimaan dari pengantin pria)
C. Pantangan / Larangan-Larangan Dalam Pernikahan/Perkawinan
·         Ada hubungan mahram antara calon mempelai pria dan wanita
·         Rukun nikah tidak terpenuhi
·         Ada yang murtad keluar dari agama islam
D. Menurut Undang-Undang Perkawinan
·         Perkawinan/pernikahan didasari persetujuan kedua calon mempelai.
·         Bagi calon yang berusia di bawah 21 tahun harus punya izin orang tua atau wali yang.
·         masih ada hubungan darah dalam garis keturunan lurus atau melalui putusan pengadilan.
·         Umur atau usia minimal untuk menikah untuk pria/laki-laki berusia 19 tahun dan untuk wanita/perempuan berumur paling tidak 16 tahun.